Permotoran

Grand Prix F1 Jepun batal


PERLUMBAAN Grand Prix Formula Satu (F1) Jepun yang bakal berlangsung di Litar Suzuka pada 10 Oktober ini telah dibatalkan akibat kebimbangan kerajaan Jepun terhadap penularan wabak Covid-19 di sana.

Pembatalan ini menyaksikan tahun kedua berturut-turut F1 Jepun terpaksa dibatalkan selepas tahun 2020 yang banyak menjejaskan kalendar perlumbaan Grand Prix hingga bermula lewat pada Julai.

Dengan pembatalan F1 Jepun ini, bermakna tiga Grand Prix terpaksa dibatalkan tahun ini selepas Grand Prix Australia dan Grand Prix Singapura turut mengalami nasib yang sama.

 

Grand Prix Turki telah diumumkan mengambil alih slot Grand Prix Singapura tetapi dua lagi slot yang dibatalkan ini masih menjadi tanda tanya sama ada akan digantikan atau dibiarkan kosong.

Musim ini menjadi antara musim paling sengit dalam perebutan juara Formula Satu dengan juara bertahan, Lewis Hamilton ditentang sengit oleh pemandu Red Bull Racing, Max Verstappen.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: