Permotoran

Penampilan bersama jentera baharu tidak kesampaian


Kali terakhir Hafizh berlumba di laman sendiri adalah pada musim 2019.

PEMBATALAN perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2021 di Litar Antarabangsa Sepang memadamkan hasrat pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah membuat penampilan pertama bersama NTS RW Racing GP.

Berdasarkan perancangan perlumbaan yang dijadual pada 22 hingga 24 Oktober ini sepatutnya bakal menyaksikan penampilan pertamanya bersama pasukan dan jentera baharu.

“Saya pun tak tahu masa depan saya macam mana. Kalau saya tiada di tahun hadapan mungkin belum pasti ada pelumba Malaysia (bersaing) musim depan,” katanya dalam satu klip video kepada media.

Kali terakhir Hafizh berlumba di laman sendiri pada musim 2019 dan dia nyata menrindukan saat manis itu.

Dalam perkembangan sama, Hafizh melihat pembatalan GP Malaysia turut menyaksikan impian peminat melihat penampilan terakhir legenda MotoGP, Valentino Rossi di Sepang sebelum bersara daripada sukan itu tidak kesampaian.

“Ramai peminat yang masih menyokong Valentino Rossi, yang nak tengok Valentino berlumba di Sepang buat kali terakhir,” katanya.

Perlumbaan GP Malaysia 2021 dibatalkan berikutan situasi semasa pandemik COVID-19 serta sekatan perjalanan dilaksanakan Malaysia, sekali gus ia tahun kedua berturut-turut penganjuran perlumbaan itu dibatalkan.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: