Bola Sepak

Suhaimi terpilih sebagai pengadil Piala Dunia Bola Sepak Pantai


Suhaimi (kanan) bersama Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Oleh: JJFIRDAUS

PENGADIL berpengalaman negara, Suhaimi Mat Hassan telah dipilih oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk menjadi salah seorang pengadil di Kejohanan Piala Dunia Bola Sepak Pantai yang akan berlangsung di Russia dari 19 hingga 29 Ogos.

Suhaimi adalah seorang pengadil bertaraf Fifa yang telah lama menjadi pengadil bola sepak dan kini menumpukan perhatian kepada bola sepak pantai dan ini adalah kali kedua Suhaimi dipilih menjadi pengadil selepas kejohanan 2013 di Tahiti.

Kejohanan Piala Dunia Bola Sepak Pantai kali ini menyaksikan 16 pasukan bakal berentap untuk dinobatkan sebagai juara dunia dengan Portugal akan turun sebagai juara bertahan.

Jepun, Oman dan Emiriah Arab Bersatu bakal membawa cabaran AFC manakala Mozambique dan Senegal pula mewakili CAF dan CONCACAF diwakili oleh El Salvador dan Amerika Syarikat.

Uefa bakal dibarisi oleh Rusia sebagai tuan rumah serta Portugal, Belarus, Switzerland dan Sepanyol serta Oceania pula diwakili oleh Tahiti dan wakkl CONMEBOL pula adalah Brazil, Uruguay dan Paraguay.

Russia, Amerika Syarikat, Paraguay dan Jepun akan berentap dalam Kumpulan A manakala Mozambique, Sepanyol, Tahiti dan Emiriah Arab Bersatu bakal bersaing dalam Kumpulan B.

Kumpulan C pula bakal menemukan Belarus, El Salvador, Brazil dan Switzerland serta Portugal bakal menentang Oman, Senegal dan Uruguay dalam Kumpulan D.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke peringkat suku akhir sebelum bertarung hingga ke final yang bakal berlangsung di Moscow pada 29 Ogos.

Tahniah dan selamat bertugas diucapkan kepada Suhaimi dan sama-sama kita saksikan siapakah yang bakal bergelar juara bola sepak pantai dunia kali ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: