Antarabangsa Bola Sepak

Abraham dan Mourinho kembali bersatu


Abraham sah akan menyertai kem bimbingan Mourinho.

PENYERANG Chelsea, Tammy Abraham sah menyertai AS Roma dan bakal menyertai bekas pengendali The Blues, Jose Mourinho dengan nilai perpindahan sekitar 40 juta euro (RM198 juta).

Media Itali melaporkan pemain berusia 23 tahun itu bakal memakai jersi nombor sembilan yang ditinggalkan Edin Dzeko dan akan memperolehi 4.5 juta euro (RM22 juta) pada setiap musim.

Abraham berhijrah ke Roma selepas Romelu Lukaku kembali ke Chelsea sekali gus mengurangkan lagi peluangnya untuk beraksi bersama pasukan yang sudah disertainya sejak 2004 itu.

Dia meledak 30 gol buat Chelsea dalam semua pertandingan namun musim prolifiknya adalah ketika dipinjamkan ke Aston Villa dalam Liga Kejuaraan yang menyaksikan dia meledak 25 gol pada 2018/19.

Beraksi sebanyak enam kali bersama England sejak membuat penampilan pertama pada 2017 .


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: