
Oleh : SUBKHI SUDARJI
PENGENDALI Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Shahrin Sahak tidak melihat ketiadaan beberapa tonggak utama Penang FC memberikan kelebihan buat skuadnya untuk meraih kemenangan 4-1 pada aksi di Stadium Darul Aman, malam tadi.
Ryuji Utomo (pertahanan), Khairu Azrin Khazali (tengah) dan Casagrande (penyerang) antara pemain utama yang tidak diturunkan pada aksi ditempat lawan malam ini.
Baginya, perlawanan yang dimulai dengan 11 pemain bagi setiap pasukan bukanlah mudah namun semangat dan motivasi pemainnya adalah faktor kejayaan malam ini.
“Dalam bola sepak bukanlah mudah, kedua-dua pasukan bermain dengan 11 pemain, pelawat jika kita lihat mereka memiliki pemain muda yang agresif dan berkualiti.
“Perbezaan malam ini adalah pemain saya berjaya mencipta ruang dan peluang untuk menjaringkan gol, komitmen mereka begitu tinggi dan memahami apa yang perlu dilakukan,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan.

Pada aksi malam tadi tuan rumah bangkit dari kekecewaan minggu lalu apabila menewaskan Penang FC 4-1 .
Gol tuan rumah disumbangkan melalui dua jaringan Kipre Tchetche selain masing-masing satu oleh Baddrol Bakhtiar dan Kpah Sherman manakala gol sagu hati pelawat menerusi David Rowley (ke-44).
Kedah kini berada dikedudukan tangga ke empat liga mengumpul 29 mata hasil sembilan kemenangan, dua seri dan empat kekalahan dan masih berbaki tiga perlawanan dalam tangan berbanding Johor Darul Ta’zim , Terengganu FC dan Penang FC yang sudah beraksi 18 perlawanan.
Add Comment