Antarabangsa

Cardiff City kekal rekod tanpa kalah


DUA jaringan pada 10 minit terakhir perlawanan memastikan rekod tanpa kalah Cardiff City dalam Liga Kejuaraan masih utuh apabila seri 2-2 menentang Peterborough United.

Jaringan Aden Flint pada minit ke 90+6 menyaksikan Cardiff City melengkapkan kebangkitan gemilang dengan Flint juga berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke 83.

Ketinggalan dua gol pada awal babak kedua tidak mematahkan semangat anak-anak buah Mick McCarthy untuk bangkit dan akhirnya berjaya membawa pulang satu mata dari Weston Homes Stadium.

Pengurus Cardiff City, Mick McCarthy berkata “Ianya bukanlah sesuatu yang beliau rancang untuk memperolehi gol pada lewat permainan dan beliau juga tidak merancang untuk memulakan separuh masa kedua dengan teruk sehingga ketinggalan 2-0”.

 

“Saya geram dengan cara kami melepaskan dua gol itu dan sejak dari itu kami kelihatan sangat teruk. Ianya menimbulkan panik tetapi akhirnya kami mendapat sesuatu yang mana memberi kelegaan buat kami,” ujar McCarthy kepada BBC Wales.

Manakala pengurus Peterborough United, Duncan Ferguson jelas kecewa dengan keputusan seri ini dan dia menganggapnya seperti satu kekalahan.

“Cardiff tahu mereka bernasib baik malam ini. Saya berasa kecewa kerana ianya terasa seperti kekalahan dan saya pasti tidak mampu tidur lena”, kata Ferguson.

“Para pemain beraksi dengan cemerlang dan harus berbangga dengan persembahan mereka. Kami begitu bagus malam ini tetapi malangnya kami gagal mengutip tiga mata, tetapi ianya tidak menjadi”, tambahnya pada sidang media.

Dengan keputusan seri ini, Cardiff City kita ditangga kelima liga dengan lima mata hasil satu kemenangan dan dua seri, dua mata ketinggalan dengan pendahulu liga Fulham dari tiga perlawanan awal Liga Kejuaraan musim 2021/2022 ini.

Cardiff City akan menentang Milwall di laman sendiri untuk perlawanan seterusnya pada Sabtu ini. Keputusan yang baik bakal meletakkan mereka dalak kedudukan yang baik untuk mencabar kejuaraan sekaligus layak ke Liga Perdana Inggeris musim hadapan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: