Bola Sepak

Lang Merah garang ledak empat gol di laman sendiri


KDA FC meraih tiga mata penuh di laman sendiri. Foto: Kedah Darul Aman FC

PASUKAN Kedah Darul Aman (KDA FC)  meraih tiga mata penuh di laman sendiri selepas menang selesa ke atas Penang FC pada aksi perlawanan tertunda Selasa malam

Tchetche Kipre meledak dua gol (m-17, 38’) bersama jaringan kapten Baddrol Bakhtiar (m-23) sekaligus mengukuhkan kedudukan pada babak pertama perlawanan.

Manakala Penang FC cuba merapatkan kedudukan menerusi jaringan David Rowley  seminit sebelum aksi separuh masa pertama tamat.

 

Skuad Lang Merah tampil mendominasi permainan biarpun tanpa pemain pertahanan import Renan Alves. Mereka terus garang mencari gol apabila Kpah Sherman menambah satu lagi jaringan pada minit ke-55 permainan.

Keputuan 4-1 kekal sehingga wisel penamat.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading