Bola Sepak

Sikh Izhan dijangka jalani sesi ujian percubaan hujung tahun ini.


Sikh Izhan graduan dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD) pernah membarisi skuad kebangsaan bawah 16 (B-16) tahun, B-18 dan B-19.

PENJAGA gol muda Selangor FC, Sikh Izhan Nazrel dijangka menjalani sesi ujian percubaan dengan kelab Divisyen 2 Sepanyol, CF Fuenlabra hujung tahun ini.

Jelas Sikh Izhan, buat masa ini dia masih menunggu makluman dari pengurusan Selangor FC dan agensi yang terbabit sama ada akan menjalani sesi ujian dalam masa terdekat ataupun sehingga saingan Liga Malaysia berakhir.

“Ketika ini saingan Liga Malaysia sedang berlangsung mungkin hujung tahun ini, saya tak tahu lagi dan ikut sahaja ditetapkan Selangor FC.

“Memang saya berminat untuk ke sana, jika belum ada rezeki saya kena banyak bersabar,” jelasnya dipetik ketika ditemubual dalam rancangan Astro Radio News.

Sikh menjadi salah seorang penjaga gol muda yang dianggap memiliki masa depan cerah dengan graduan dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu pernah membarisi skuad kebangsaan bawah 16 (B-16) tahun, B-18 dan B-19.

Selepas menampilkan aksi memberangsangkan bersama Selangor 2, pemain kelahiran Seberang Perai, Pulau Pinang itu turut diberi peluang beraksi bersama Selangor di Liga Super.

Dia diturunkan ketika Selangor berdepan Kedah Darul Aman FC di Stadium Darul Aman, Jumaat lalu yang menyaksikan skuad Red Giants meraih kemenangan 4-2.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading