Oleh : SUBKHI SUDARJI
KETIADAAN penyerang import, Jordan Mintah yang dibelenggu kecederaan nyata memberikan impak ketara buat pasukan apabila terpaksa berkongsi mata dengan Perak FC II pada aksi dilaman sendiri malam tadi.
Sebelum ini skuad bimbingan Badrul Afzan Razali tidak menurunkan Mintah ketika skuadnya tewas 1-2 buat kali pertama dalam saingan Liga Premier musim menentang PDRM FC, 8 Ogos lalu.
Mintah yang merupakan peledak prolifik buat pasukan terpaksa diketepikan sekurang-kurangnya tiga perlawanan selepas mengalami kecederaan bahu pada aksi menentang Sarawak United dimana Mintah adalah penjaring tunggal kemenangan pasukan.
Bagi Badrul Afzan dia mengakui masalah penyudahan yang tumpul dan amat ketara menyebabkan pasukannya gagal mencapai keputusan positif.
“Dua aksi tanpa Mintah, memang agak sukar pemain lain untuk jaringkan gol, mereka perlu yakin dan bersedia serta menunjukkan karektor sebenar.
“Peluang menjaringkan gol itu ada mungkin mereka sedikit tertekan,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu itu, kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan.





Add Comment