Bola Sepak

Bekas CEO MUFC sertai MFL


Mesyuarat Rakan Kongsi Liga Ke-5 yang diadakan secara maya hari ini.

 

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan pelantikan tiga Ahli Lembaga Pengarah MFL baharu sebagai wakil pasukan bagi penggal 2021-2025 menerusi pemilihan dalam Mesyuarat Rakan Kongsi Liga Ke-5 yang diadakan secara maya hari ini.

Satu daripada tiga pelantikan itu menerusi pemilihan oleh 22 Rakan Kongsi Liga merupakan individu baharu adalah Pengarah Eksekutif Melaka United FC, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri.

Manakala Pengarah Johor Darul Ta’zim (JDT), Datuk Mohamad Jaifuddin Bujang Mohidin yang sebelum ini memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah MFL untuk wakil bebas pada 2017 kini telah dipilih oleh Rakan Kongsi Liga sebagai Ahli Lembaga Pengarah MFL bagi wakil pasukan.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif UiTM FC, Mustaza Ahmad pula meneruskan tugas bagi penggal kedua sebagai wakil pasukan dalam barisan Ahli Lembaga Pengarah MFL.

Pelantikan itu mengesahkan bagi penggal baharu dan mereka bertiga akan bersama-sama dengan Ahli Lembaga Pengarah MFL yang lain iaitu Datuk Mohd Hisamudin Yahaya, Mohd Joehari Ayub dan Christopher Raj (wakil Persatuan Bolasepak Malaysia) serta Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar bertindak (wakil bebas).

Hamidin menuntut tanggungjawab dan komitmen tinggi ahli lembaga pengarah MFL dalam usaha membantu Liga Malaysia.

Presiden MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin amat mengalu-alukan kedatangan tiga Ahli Lembaga Pengarah MFL yang dipilih dalam Mesyuarat Rakan Kongsi Liga bagi penggal baharu di mana beliau optimis kehadiran mereka akan dapat terus memberikan perubahan kepada Liga Malaysia pada masa akan datang.

“Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada Datuk Saiful, Datuk Jaifuddin dan Mustaza yang dipilih oleh Rakan Kongsi Liga menjadi Ahli Lembaga Pengarah MFL bagi penggal 2021-2025.

“Sesungguhnya jawatan ini bukan boleh dipandang ringan di mana tanggungjawab dan komitmen tinggi dituntut dalam usaha membantu Liga Malaysia tetapi saya optimis bahawa mereka juga memiliki keupayaan untuk membantu MFL sebagaimana mereka sendiri dipilih oleh Rakan Kongsi Liga untuk menjadi Ahli Lembaga Pengarah MFL,” katanya dalam satu kenyataan.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading