Paralimpik Tokyo 2020

“Atlet paralimpik negara mampu bawa pulang emas”


Wan Ahmad Fayhsal (tengah) mempamerkan pakaian rasmi kontinjen para negara yang akan berangkat ke Tokyo 2020.

TIMBALAN Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad optimis dengan atlet para negara yang bakal beraksi di pentas Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Jepun.

Seramai  22 orang atlet para dari 9 jenis sukan yang telah berjaya melayakkan diri ke Tokyo bagi kejohanan yang akan berlangsung pada 24 Ogos hingga 5 September 2021 ini.

Wan Ahmad Fayhsal memberitahu, atlet para Malaysia mampu menggalas cabaran yang diberikan dengan membawa semangat Demi Malaysia bagi membawa pulang pingat emas menyamai pencapaian yang telah diraih ketika temasya Paralimpik Rio 2016.

“Kejayaan yang dicapai pada 2016 juga menjadi detik bersejarah dan titik permulaan Malaysia dalam membuktikan kerja keras semua pihak yang terlibat untuk mengangkat sukan para negara di mata dunia membuahkan hasil sejak penampilan sulung negara pada 1972 di Jerman.

“Sasaran yang diletakkan kepada atlet olahraga, powerlifting, badminton dan memanah, Malaysia bukan hanya mampu membawa pulang pingat emas, malah akan menyumbangkan pertambahan pingat pada kejohanan ini,” ucapnya ketika sesi Pengukuhan Semangat Team Para Malaysia ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 secara dalam talian pada Khamis.

Pada sesi tersebut Wan Ahmad Fayhsal penaja rasmi kontinjen para Malaysia ke Tokyo 2020 termasuk Neutrovis,  Julie’s Biscuits, Bata Shoes, Milo, Groove, Prima Niaga, Fine Strategy Consulting Company,  FWD dan Institut Sukan Negara (ISN).

Turut hadir pada sesi berkenaan Datuk M Noor Azman Taib, Ketua Setiausaha KBS, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharuddin, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) yang juga merupakan Chef de Mission Paralimpik Tokyo 2020.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: