Paralimpik Tokyo 2020

22 atlet galas cabaran Sukan Paralimpik Tokyo 2020


Megat D Shahriman Zaharudin. Foto : Bernama

SERAMAI 22 atlet termasuk empat alet wanita akan menggalas cabaran negara dalam sembilan jenis sukan pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo pada 24 Ogos hingga 5 September ini.

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata semua atlet itu akan ditemani oleh 16 jurulatih termasuk seorang caperon serta 22 pegawai perubatan dan petugas sekretariat.

Dalam kenyataan pada Selasa, beliau, selaku ketua kontinjen negara ke temasya itu, berkata semua pihak yang terbabit dengan persiapan kontinjen negara sedang memantau semua protokol berhubung prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 menjelang termasya sukan itu.

Sebagai rekod, Malaysia mengambil bahagian pada Sukan Paralimpik sejak 1972 dan telah mengumpul 11 pingat iaitu tiga emas, dua perak dan enam gangsa.-Bernama

Senarai atlet :

Olahraga: Abdul Latif Romly; Muhammad Ziyad Zokefli; Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi; Wong Kar Gee; Siti Noor Lasah Mohamad Ariffin

Berbasikal: Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin; Muhammad Hafiz Jamali; Zuhairie Ahmad Tarmizi; Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais; Nurul Suhada Zainal

Renang: Brenda Anelia; Muhammad Nur Syaiful Zulkefli; Jamery Siga

Memanah: S. Suresh; Wiro Julin

Badminton: Cheah Liek Hou; Didin Terasoh

Boccia: Chew Wei Lun

Powerlifting: Bonnie Bunyau Gustin; Jong Yee Khie

Ping Pong: Chee Chaoming

Tenis Kerusi Roda: Abu Samah Borhan.


Add Comment

Click here to post a comment