Permotoran

MAM anjur perlumbaan maya sempena Hari Kemerdekaan ke-64.


PERSATUAN Sukan Bermotor Malaysia (MAM) akan menganjurkan perlumbaan maya MAM Merdeka yang pertama, bagi memberi peluang kepada komuniti e-racing untuk menguji kemahiran mereka sempena perayaan Kemerdekaan Negara yang ke-64 bulan ini.

Acara yang bermula dengan sesi kelayakan dari 3-29 Ogos 2021, diadakan dengan kerjasama MSF, Raceroom dan Adrenaline Impact.

MAM juga telah menjalin kerjasama dengan penyedia insurans dan takaful terkemuka Etiqa sebagai penaja Platinum untuk acara ini, sementara pelincir premium Hi-Rev adalah penaja Gold.

Presiden MAM, Tan Sri Mokhzani Tun Mahathir berkata, peserta dapat berlumba di tiga platform e-racing yang berlainan, iaitu iRacing, Gran Turismo Sport, dan RaceRoom.

“MAM telah berjaya menarik 210 peserta tahun lalu dalam kejuaraan MAM Lockdown pertama dan kami mengharapkan perlumbaan MAM Merdeka secara maya ini dapat menarik lebih peserta secara keseluruhan.

“Sungguhpun kekangan dan sekatan akibat situasi Covid-19, kami meneroka cara yang berbeza untuk memastikan semangat sukan permotoran terus hidup walaupun hanya berlumba secara maya.

“Ini juga sesuai dengan peningkatan mendadak terhadap minat dan penyertaan dalam kancah e-sukan,” ujarnya.

Perlumbaan terakhir di platform iRacing akan diadakan pada 30 Ogos, sementara final untuk acara Gran Turismo Sport dan RaceRoom akan berlangsung pada 31 Ogos.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etiqa Insurans & Takaful, Kamaludin Ahmad  berkata, sebagai syarikat peneraju Insurans & Takaful Motor, kami sangat berbesar hati untuk menaja dan bekerjasama dengan MAM untuk Perlumbaan Merdeka Secara Maya yang pertama.

“Perlumbaan secara maya ini selari dengan budaya organisasi kami dalam menyediakan perkhidmatan yang “Fast & Easy”, sama ada untuk membeli, mengemukakan tuntutan atau menerima pembayaran, dan kami sangat teruja untuk bersama menyaksikan perlumbaan tersebut berlangsung,” jelasnya.

Selain daripada acara e-racing, pelumba akan berpeluang mempelajari dan mengukuhkan pengetahuan mereka dalam e-racing melalui sesi Virtual Racer Clinic, yang akan diadakan pada 14 Ogos


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: