Permotoran

Tahun depan tiada lagi kelibat Valentino Rossi ‘The Doctor’


Rossi umum bersara sebaik sahaja tamat perlumbaan musim ini.

PELUMBA legenda motosikal Itali, Valentino Rossi mendedahkan dia akan bersara sebaik sahaja kalender perlumbaan musim ini berakhir.

Pelumba berusia 42 tahun itu mula beraksi di pentas MotoGP sejak 2000, melakar tujuh kejuaraan dunia sejak berada di kelas premier, dan sembilan trofi keseluruhan sepanjang 25 tahun selepas membuat penampilan pertama dalam kategori 125cc (kini dikenali Moto3) pada tahun 1996.

Kejuaraan dunia pertama kategori 125cc pada tahun 1997.

Namun nasibnya berbeza apabila berdepan dengan kesulitan selepas berpindah dari Yamaha ke pasukan Petronas dan mengakui sudah tiba masanya untuk menggantung topi keledarnya.

“Saya telah membuat keputusan untuk berhenti sebaik sahaja tamat perlumbaab musim. Sedihnya, saya akan berlumba bagi separuh musim terakhir sebagai pelumba MotoGP.

“Momen yang sangat menyedihkan kerana ianya sangat sukar untuk diluahkan dan sedar tahun depan saya tidak lagi berlumba motosikal.

Kejuaraan dunia MotoGP dua tahun berturut-turut bersama pasukan Honda pada tahun 2002 dan 2003.

“Tahun depan, kehidupan saya akan berubah. Tetapi semuanya hebat dan saya menikmati sepenuhnya. Ia adalah perjalanan yang sangat panjang dan menggembirakan dan momen yang tidak akan dilupakan bersama anda semua,” ucapkan ketika sidang media di Austria pada Khamis malam.

Terkenal dengan jolokan ‘The Doctor’, Rossi mula mencipta nama ketika bermula dengan kategori 125cc (1996) dan  kemudian dia beralih ke kategori 250cc pada tahun 1999.

Setahun selepas itu dia bersama Team Honda berlumba dalam kelas premier (MotoGP) pada tahun  2000.

Dia dianggap pelumba paling sensasi dan dikenali di seluruh dunia dan menjadi idola kepada peminat sukan permotoran termasuk di Malaysia.

Merangkul kejuaraan dunia empat kali iaitu tahun 2004, 2005, 2008 dan 2009 selepas bersama pasukan Yamaha.

MotoGP (500cc tahun 2000) (2000 – 2021)

World championships: 7 (2001 – 2005, 2008, 2009)

Mula: 363 

Juara: 89

Podium: 199

Petak Pertama: 55

Lap terpantas: 76

250cc (1998-1999)

World championships 1 (1999)

Mula: 30

Juara: 14

Podium: 21

Petak Pertama: 5

Lap Terpantas: 11 

125cc (1996-1997)

World championships 1 (1997)

Mula: 30 

Juara 12

Podium: 15

Petak Pertama: 5

Lap Terpantas: 9


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading