Permotoran

Grand Prix Hungary; Esteban Ocon lakar kejutan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Esteban Ocon

Oleh : JJ FIRDAUS

PELUMBA Alpine, Esteban Ocon melakukan kejutan apabila berjaya menjuarai Grand Prix Hungary yang penuh dramatik yang menyaksikan enam pelumba mengalami kemalangan di selekoh pertama di Litar Hungaroring.

Hujan pada awal perlumbaan menyebabkan keadaan huru-hara apabila Valtteri Bottas terlanggar Lando Norris dan menyebabkan beberapa lagi kereta turut terlibat dan turut melibatkan pendahulu keseluruhan, Max Verstappen.

Ocon yang memulakan perlumbaan pada petak kelapan berjaya mengelak dari terlibat dalam kemalangan sekaligus mendahului dari permulaan semula untuk kemenangan pertama dalam karier beliau.

“Saat yang sungguh menakjubkan! Ianya sangat bagus! Fantastik, apa lagi yang boleh saya katakan. Tahniah kepada Fernando Alonso juga, saya perlu berterima kasih kepada beliau atas kemenangan ini. Ianya adalah kerja berpasukan dan ianya hari yang fantastik!” kata Ocon ketika sesi temu ramah di parc ferme.

Perlumbaan terpaksa dihentikan seketika akibat bendera merah dan setelah perlumbaan dimulakan, Lewis Hamilton melakukan kesilapan apabila tidak menukar kepada tayar kering dan memaksa beliau mengejar dari belakang.

Tempat kedua menjadi milik juara dunia empat kali Sebastian Vettel manakala Hamilton berjaya mencuri podium terakhir dengan pemanduan yang mantap dibantu strategi hentian pit yang sempurna.

Malang menimpa Max Verstappen apabila hanya memperolehi satu mata dari dua perlumbaan terakhir dan menyaksikan beliau kehilangan status sebagai pendahulu keseluruhan pemandu.

Pasukan Williams akhirnya berjaya mencatatkan mata apabila kedua-dua pelumba mereka berjaya menamatkan perlumbaan di tangga kelapan dan kesembilan dan menyaksikan Williams mengatasi Haas dan Alfa Romeo dalam kategori pengeluar.

Melengkapkan 10 teratas adalah Carlos Sainz di tangga keempat, Fernando Alonso kelima dan Pierre Gasly keenam. Yuki Tsunoda pula menamatkan perlumbaan di tangga ketujuh dan Verstappen kesepuluh dibelakang dua pelumba Williams di tangga kelapan dan sembilan.

F1 akan berehat selama sebulan untuk cuti musim panas dengan Hamilton kembali mendahului senarai pemandu dan Mercedes berjaya merampas kedudukan teratas kategori pengeluar dan perseteruan ini akan bersambung di Grand Prix Belgium pada 29 Ogos nanti.

Keputusan Grand Prix Hungary :

1. Esteban Ocon – Alpine
2. Sebastian Vettel – Aston Martin
3. Lewis Hamilton – Mercedes
4. Carlos Sainz – Ferrari
5. Fernando Alonso – Alpine
6. Pierre Gasly – Alpha Tauri
7. Yuki Tsunoda – Alpha Tauri
8. Nicolas Latifi – Williams
9. George Russell – Williams
10. Max Verstappen – Red Bull
11. Kimi Raikkonen – Alfa Romeo
12. Daniel Ricciardo – McLaren
13. Mick Schumacher – Haas
14. Antonio Giovinazzi – Alfa Romeo

Kedudukan Pemandu Selepas GP Hungary (10 Teratas)

1. Lewis Hamilton – 192 mata
2. Max Verstappen – 186 mata
3. Lando Norris – 113 mata
4. Valtteri Bottas – 108 mata
5. Sergio Perez – 104 mata
6. Charles Leclerc – 80 mata
7. Carlos Sainz – 80 mata
8. Daniel Ricciardo – 50 mata
9. Sebastian Vettel – 48 mata
10. Pierre Gasly – 48 mata

Kedudukan Pengeluar Selepas GP Hungary

1. Mercedes – 300 mata
2. Red Bull Racing – 290 mata
3. McLaren – 163 mata
4. Ferrari – 160 mata
5. Alpine – 75 mata
6. Aston Martin – 66 mata
7. Alpha Tauri – 64 mata
8. Williams – 6 mata
9. Alfa Romeo – 2 mata
10. Haas – 0 mata


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: