
KONTINJEN India membawa pulang tujuh pingat temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 sekaligus mencipta sejarah tersendiri negara itu.
Seperti negara-negara lain yang berdepan dengan kesukaran berikutan penularan pandemik Covid-19 secara global sejak tahun lalu, atlet-atlet India mengalami situasi yang sama. Namun mereka berjaya mencipta kisah yang menarik untuk dikenang.
Pemenang pingat ketujuh India, Neeraj Chopra atlet perejam lembing membawa balik pingat emas dalam acara olahraga buat kali pertama dalam sejarah selepas 121 tahun. Malah dia menjadi individu kedua merangkul emas untuk negaranya selepas Abhinav Bindra (2008, 10m Air Rifle).
THE THROW THAT WON #IND A #GOLD MEDAL 😍#Tokyo2020 | #StrongerTogether | #UnitedByEmotion @Neeraj_chopra1 pic.twitter.com/F6xr6yFe8J
— #Tokyo2020 for India (@Tokyo2020hi) August 7, 2021
Sebelum ini dia tidak bertanding di peringkat antarabangsa selama 17 bulan, di antara Januari 2020 sehingga Jun 2021.
Saikhom Mirabai Chanu meraih pingat perak dalam acara angkat berat 49 kilogram. Dia menjadi atlet pertama India meraih pingat di Tokyo. Apa yang menarik, sebelum tiba di Jepun dia tidak beraksi dalam sebarang pertandingan sejak Disember 2019 sehingga April 2021.

Pemain badminton perseorangan wanita, PV Sindhu meraih pingat gangsa selepas menewaskan pemain China He Bing Jiao.
Dia hanya menyertai lima kejohanan dari Mac 2020 sehingga tiba di Tokyo.
Lovlina Borgohain meraih pingat ketiga buat India dengan meraih gangsa bagi acara tinju (welterweight).

Dalam masa sama, dia berdepan dengan ujian getir membantu ibunya menjalani rawatan penyakit buah pinggang dengan menggunakan duit kemenangan ‘Arjuna Award’ iaitu hadiah kedua tertinggi kepada atlet India.
Pasukan hoki lelaki India menamatkan kemarau pingat selama 41 tahun dengan meraih pingat gangsa. Mereka menghabiskan masa menjalani latihan di Bengaluru sepanjang tempoh ‘lockdown’. Dalam tempoh enam bulan sebelum ke Tokyo, mereka hanya pulang ke rumah masing-masing hanya empat hari.
Ravi Kumar Dahiya merangkul pingat kelima dengan meraih perak dalam acara gusti (57kg). Pengurusan tempatan di kampungnya, Haryana memastikan bekalan elektrik tidak terputus untuk ibu bapanya dapat melihat dia beraksi.
Manakala medal keenam India dirangkul Bajrang Punia dalam acara gusti (65kg) bagi pingat perak.

Sebelum ke Jepun Punia mengalami kecederaan yang memaksa dia membalut lututnya sepanjang bertanding di Tokyo.
Add Comment