Bola Sepak

PDRM FC ‘gari’ TFCII


Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI

PDRM FC bangkit dari ketinggalan pada separuh masa pertama untuk mengatasi Terengganu FC II pada aksi Liga Premier yang berlangsung di Stadium KLFA, Cheras sebentar tadi.

Bruno Suzuki terus menjadi pemusnah impian pelawat apabila jaringannya pada minit ke 80 membezakan kedua-dua pasukan.

Pada aksi yang berlangsung sebentar tadi, pelawat terlebih dahulu berada didepan menerusi jaringan Muhammad Syafik Ismail pada minit ke-12.

Tersentak dengan gol tersebut, The Cops melancarkan gerakan memburu gol penyamaan dan hampir terhasil selang tiga minit kemudian menerusi rembatan Mohamad Nabil Ahmad Latpi namun Syed Muhammad Nasrulhaq cemerlang menepis  percubaan tersebut.

Tandukan Bruno  pada minit ke-40 berjaya menewaskan Syed Muhammad namun berjaya diselamatkan pemain TFCII diatas garisan gol.

Begitu juga menuju minit terakhir separuh masa pertama, Syed Muhammad sekali cemerlang mengawal golnya melalui percubaan Alvaro Cuella untuk kedudukan kekal 1-0 pada separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, TFC II tidak menunggu lama mencipta peluang menerusi Muhammad Izman pada minit-46 namun kali ini giliran Muhd Asri Muhamad bertindak cemerlang.

Gol penyamaan yang dicari Sang Saka Biru akhirnya muncul menerusi Mohamad Nabil selang dua minit kemudian.

Penyerang TFCII,  Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali seharusnya memastikan pasukan dihadapan pada minit ke 65 namun tolakan lemahnya ketika berdepan Muhd Asri gagal merubah kedudukan 1-1.

Pemain import tuan rumah, Bruno Suzuki memastikan tiga mata mutlak buat pasukan apabila tolakannya pada minit ke 80 memberikan kemenangan buat Sang Saka Biru.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: