
JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang berjanji akan berjuang habis-habisan dalam acara kegemarannya iaitu keirin di Sukan Olimpik Tokyo, Sabtu ini.
Azizulhasni yang digelar ‘The Pocket Rocketman’ itu berpendapat peluangnya untuk mengungguli acara keirin tampak cerah selepas terlepas peluang melayakkan diri ke peringkat suku akhir acara pecut pada Khamis.
Pemenang pingat gangsa keirin di Rio 2016 ini sebaliknya bersyukur tersingkir dalam acara pecut kerana situasi itu dapat memberi kelebihan kepadanya terutamanya bagi mendapat rehat secukupnya sebelum kembali beraksi di Velodrome Izu.
http://https://youtu.be/yxh69LQKTdo
Kongs Azizulhasni, mengikut perancangan asal bersama jurulatihnya, John Beasley, beliau memaklumkan tidak akan menumpukan peluang beraksi di suku akhir sekiranya tidak berupaya mengatasi pelumba Belanda, Jeffrey Hoogland, dalam perlumbaan pusingan ketiga 1/8.
“Sekiranya masuk suku akhir, akan jumpa pelumba sama, jika kalah akan bersaing dalam perlumbaan penentuan lima hingga lapan terbaik, jadi akan ada banyak perlumbaan.
“Ia akan menyebabkan saya penat dan tak dapat cukup rehat, jadi amat penting untuk kita atur strategi betul untuk beri tumpuan penuh dalam keirin,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya selepas perlumbaan tersebut.

Mengulas mengenai prestasinya, pelumba berusia 33 tahun itu tetap gembira dengan kayuhan dilakukan walaupun terkandas di peringkat ketiga.
Menurutnya, pelumba yang bersaiz besar mempunyai kelebihan dari segi tenaga untuk menguasai acara pecut berbanding pelumba yang bersaiz kecil sepertinya.
Dalam masa sama, juara dunia dari Dungun, Terengganu itu turut memohon maaf kepada rakyat Malaysia susulan kegagalannya untuk mara lebih jauh dalam acara pecut.
Azizuhasni dan seorang lagi pelumba negara Muhammad Shah Firdaus akan beraksi dalam saingan keirin Sabtu ini.






Add Comment