
PASANGAN beregu badminton lelaki negara Aaron Chia/Soh Wooi Yik tewas dalam aksi suku akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Jumaat.
Aaron/Wooi Tik terpaksa akur dengan pasangan pemain pilihan ketiga China Li Jun Hui/Liu Yu Yen dengan keputusan 24-22, 21-13 dalam tempoh 38 minit.
Kekalahan itu sekaligus menyaksikan pasangan muda negara ini beralih ke perebutan pingat gangsa bertemu dengan pasangan pilihan kedua temasya Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan pada Sabtu.
Menurut Aaron untuk perlawanan terakhir esok, dia dan Wooi Yik perlu berjuang habis-habisan.

“Kita tak kira kalah dengan mereka berapa kali, tapi sebelum masuk gelanggang kena fikir kosong-kosong, kena fight sampai habis.
“Kita pun harap boleh dapat satu medal untuk negara,” jelasnya selepas perlawanan.
Sebelum ini Aaron/Wooi Yik tewas kepada gandingan Indonesia itu diperingkat kumpulan dengan keputusan 21-16, 21-19.





Add Comment