Olimpik 2020

“Nanti Chen Long pastinya sekadar lubuk untuk ‘lu’”

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh: SURYATI MOHD NOR

KETUA Kontinjen (CDM) Malaysia pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 Datuk Lee Chong Wei memberi pesanan azimat kepada pemain perseorangan negara Lee Zii Jia selepas tewas aksi pusingan kalah mati pada Khamis.

Zii Jia,23, tewas ‘rubber-set kepada jaguh perseorangan China, Chen Long 21-5,19-21,8-21.

Chong Wei yang juga merupakan pemenang pingat perak pada Sukan Olimpik Rio 2016,  selepas tewas kepada pemain yang berada di tangga keenam dunia itu memberitahu kepada Zii Jia supaya usah kecewa.

Zii Jia tewas aksi pusingan kalah mati.

It was a really good performance. Satu Malaysia tahu anda telah cuba sedaya upaya.

“Dibekalkan lebih pengalaman nanti, Chen Long pastinya sekadar lubuk untuk ‘lu’ (awak). Bai, Chen Long bukan calang-calang defending champion. Muka jer innocent tapi mamat tu memang ligat otak dalam penafsiran taktik pihak lawan.

“Semalam game I rasa dari segi power, speed and teknik, Zii Jia memang mengatasi Chen Long. Mungkin yang kurang, adalah cemas pada saat-saat penting. Olimpik pertama ‘kot’, siapalah tak cemas? Game Chong Wei time first Olympic pun tak kemas.

“Yang penting, dongakkan dagu teruskan usaha. Next Olympic 3 tahun saja. Kejayaan anda bukanlah hilang, tetapi hanya di’tangguh’kan,” tulis Chong Wei penuh bermakna di laman Instagramnya.

Chong Wei turut memberitahu bahawa beliau dan rakyat Malaysia berbangga dengan Zii Jia.

Dalam pada itu, Chong Wei sempat bergurau mengenai tempat latihan baharu yang perlu dicuba dan juga pesanan kepada Chen Long.

“Maybe lepas ni cari tempat training kat Melaka. Dengar kata training kat situ boleh dapat emas Olimpik.

“To ChenLong: You again! Better don’t let us see you in Malaysia, in next one month! Hahaha. Joking mate. Have a good tournament and all the best!”


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: