Bola Sepak

The Rhinos lakukan rombakan hadapi Tok Gajah


Sabah FC tewas tipis 0-1 pada aksi menentang Petaling Jaya City FC, Sabtu lalu.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

SABAH FC dijangka melakukan rombakan dalam kesebelasan utama untuk berdepan dengan Sri Pahang FC, di Stadium Likas Kota Kinabalu, malam ini.

Tindakan ini dilakukan ekoran penggantungan tonggak pertahanan Rawilon Batuil selain situasi semasa penjaga gawang, Rozaimie Rohim yang menerima berita kematian ayahnya.

Pengendali Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto berkata, perbincangan dengan jurulatih penjaga gol dan posisi lain akan diperhalusi sebelum keputusan tepat dibuat.

“Kita akan tengok perkembangan semua pemain dalam latihan terakhir, mengenai kekosongan posisi Rawilson ini ia boleh diisi oleh beberapa pemain lain yang sudah tentunya memiliki prestasi serta komitmen sepebuhnya.

“Siapa yang akan diturunkan pada aksi malam ini adalah yang terbaik. Menentang Sri Pahang FC sangat penting kerana kita sudah kehilangan tiga mata berharga ketika bertemu PJ City FC minggu lalu.

“Saya berharap semua pemain mampu kembali bangkit serta fokus dengan misi meraih kemenangan penting ketika beraksi di Stadium Likas malam esok,” katanya.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading