Bola Sepak

Gandingan M jadi sandaran Tok Gajah


Dollah berpuas hati dengan aksi dipamerkan Malik (kanan) yang berjaya mengucar-kacirkan benteng lawan.

PEMAIN sayap lincah Sri Pahang FC, Malik Mat Arif dan Manuel Hidalgo pastinya terus menjadi sandaran pasukan untuk merobek benteng pertahanan Sabah FC memburu gol pada aksi di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam ini.

Beraksi di sayap kiri, Malik membuktikan larian dan pergerakan lincahnya secara solo dan meloloskan diri dari kawalan pertahanan lawan selain mempamerkan keserasian yang mantap bersama rakan sepasukan, Manuel Hidalgo yang berperanan di posisi sayap kanan.

Melakukan hantaran hingga terhasilnya gol pertama buat Hidalgo, pemain ini juga berjaya menghadiahkan sepakan penalti buat pasukan melalui larian solo serta rembatan pada minit perlawanan yang dinafikan tiang gol Melaka United pada perlawanan yang berkesudahan dengan seri 1-1, Ahad lalu.

Bagi pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh dia berpuas hati dengan aksi dan semangat tinggi dipamerkan Malik yang membantu pasukan di laman sendiri sebelum ini.

“Saya puas hati gandingan Malik dengan Hidalgo, nampak kedua-duanya agak mantap, kiri dan kanan, mereka berdua memainkan peranan apa yang saya inginkan,” jelasnya.

Tok Gajah yang kini dikedudukan kesembilan dan berada dalam zon penyingkiran seharusnya pulang dengan tiga mata selepas hanya mengutip 13 mata dengan jurang perbezaan satu mata dengan Melaka United FC ditangga kesebelas liga.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading