
KELAB Bola Sepak UiTM telah melantik Prof Dr Mohd Sazili Shahibi presiden baharu berkuatkuasa serta merta.
Perlantikan tersebut bagi menggantikan Prof Dr Azizan Abdullah sekaligus menjadi presiden yang ketiga sejak kelab ini ditubuhkan pada tahun 2008.
Presiden pertama UiTM FC ialah Prof Dr Abdullah Mohammad Said, manakala presiden kedua ialah Prof Dr Azizan Abdullah.
“Ahli-ahli Lembaga pengarah penuh yakin Dr Mohd Sizili akan dapat menggalaskan amanah sebagai presiden UiTM FC dengan cemerlang berdasarkan pengalaman luas beliau dalam bidang pentadbiran dan pengurusan.
“Beliau juga bukan asing dalam bidang bolasepak kerana merupakan pemain bolasepak semasa di zaman persekolahan dan universiti.
“Malah nama-nama besar lagenda bola sepak negara sentiasa terpahat didalam dada beliau sebagai pemain yang telah mengharumkan industri bolasepak negara,” jelas satu kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, Dr Mohd Sizili telah menyarankan agar semua ahli Lembaga pengarah UiTM FC dapat bekerja sebagai satu pasukan dan memastikan UiTM FC terus dapat bersaing dipersada bolasepak negara.
Beliau berkata pencapaian baik yang ditinggalkan oleh dua bekas presiden akan menjadi daya pendorong untuk beliau meneruskan kesinambungan kecemerlangan ini.
“UiTM FC dilahirkan melalui inisiatif pusat kecemerlangan sukan IPT dalam teras utama Dasar Pembangunan Sukan IPT.
“Oleh itu saya akan memastikan amanah oleh Kementerian pengajian Tinggi akan dlaksanakan dengan sebaik mungkin,” katanya.





Add Comment