Olimpik 2020

Hidilyn Diaz cipta sejarah sumbang emas pertama untuk Filipina


Diaz meraih pingat emas pertama untuk Filipina. Foto: Getty Images

ATLET angkat berat Filipina, Hidilyn Diaz mencipta sejarah apabila menjadi atlet pertama negaranya memenangi pingat emas Olimpik.

Atlet berusia 30 tahun dari Zamboanga memenuhi impiannya dalam acara angkat berat wanita bagi kategori 55 kilogram (kg) di Tokyo International Forum.

Malah Diaz menjadi atlet pertama Filipina yang dua kali berturut-turut selepas Olimpik Rio 2016 dengan meraih pingat perak.

Dia berjaya mengatasi rekod peribadi terbaiknya serta mengalahkan pemegang rekod dunia, Liao Qiuyun dari China yang memenangi pingat perak.

Manakala atlet Kazakhstan, Zulfiya Chinshanlo memenangi gangsa.

Hidilyn cukup dikenali dikalangan peminat sukan di negaranya, disamping minat masyarakat negara itu terhadap ikon tinju Manny Pacquiao.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: