Olimpik 2020

Badminton: Beregu lelaki mara ke suku akhir


Aaron dan Wooi Yik bakal beraksi di saingan suku akhir Khamis ini. Foto: MSN

PASANGAN beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik layak ke suku akhir Olimpik Tokyo 2020 selepas mengalahkan pasangan Jason Ho-Shue-Nyl Yakamura dari Kanada pada Selasa.

Pasangan nombor lapan dunia itu, tidak berdepan dengan kesukaran mengetepikan cabaran pasangan ke-32 dunia dengan keputusan 21-15, 21-13 dalam tempoh 33 minit dalam aksi Kumpulan D ini.

Aaron-Wook Yik tampil dengan permainan yang lebih tenang dan baik selepas tewas 16-21, 19-21, kepada juara dunia tiga kali Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia dalam perlawanan kedua pada Isnin.

 

Pada aksi pertama saingan kumpulan Sabtu lalu, Aaron-Wooi Yik yang juga pemenang pingat emas Sukan Sea 2019 mengalahkan pasangan Korea Selatan Choi Sol-gyu-Seo Seung-jae 22-24, 15-21.

Aaron- Wooi Yik bakal turun bermain dalam aksi suku akhir pada Khamis (29 Julai).


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading