
PEMAIN badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia mencatat kemenangan mudah ke atas lawan Ukraine, Artem Pochtarov dalam aksi pertamanya Kumpulan M.
Juara All England 2021 mengambil masa 25 minit mencatat 21-5, 20-11 selepas lawannya yang berada di tangga ke-98 dunia itu tidak memberi aksi yang terbaik sekaligus menyaksikan Zii Jia tidak menggunakan banyak tenaga pada perlawanan tersebut.
Pemain berusia 23 tahun yang membuat penampilan pertama di pentas Olimpik ternyata memberi keyakinan untuk beraksi dala perlawanan kedua kumpulan selepas ini.
Zii Jia bakal bertemu pemain Perancis, Brice Leverdez dalam aksi seterusnya.





Add Comment