Olimpik 2020

Positif Covid-19… Bintang golf dunia Rahm dan DeChambeau tarik diri


Rahm tidak beraksi pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 gara-gara positif Covid-19.

PENULARAN Covid-19 pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 semakin meningkat melibatkan atlet-atlet bertanding.

Terbaharu, pemain golf No. 1 dunia, Jon Rahm dan No.6 dunia Bryson DeChambeau terpaksa menarik diri selepas didapati positif Covid-19.

DeChambeau didapati positif sebelum berlepas ke Tokyo dan akan digantikan dengan pemain dalam pasukan Amerika Syarikat (USA) Patrick Reed.

Manakala tidak ada pengganti bagi Rahm.

Reed akan menyertai pasukan di Jepun selepas menjalani protokol ujian Covid-19 dan bakal membuka aksi pada Khamis ini di Kasumigaseki Country Club.

DeChambeau diganti dengan rakan sepasukan USA, Reed.

“Saya sangat kecewa tidak dapat bertanding pada Sukan Olimpik untuk pasukan USA.

“Mewakili negara amat bermakna bagi saya dan sangat berharga bersama pasukan. Saya berharap pasukan USA akan berjaya di Tokyo.

“Kini saya akan fokus terhadap kesihatan dan bersedia untuk kembali bertanding apabila semuanya sudah baik,” jelas DeChambeau.

Sementara itu, bintang golf Sepanyol Rahm merekodkan jangkitan kali kedua selepas US PGA Jun lalu.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: