Bola Sepak

Nafuzi tak sangka, Yee Fatt kecewa

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Hakimi meledak gol keempat membantu kemenangan 5-0 ke atas Perak FC.

PENGENDALI Terengganu FC, Nafuzi Zain tidak menyangka skuad bimbingannya mampu meraih kemenangan dengan jaringan besar menewaskan Perak FC, 5-0  pada aksi Liga Super malam tadi.

Selepas hampir dua bulan lebih berehat dan beraksi tanpa penyokong, barisan pemainnya berjaya mempamerkan aksi yang diharapkan bagi memastikan tiga mata penuh.

Namun pada masa sama, dia mengingatkan anak buahnya agar tidak mendabik dada, sebaliknya perlu bekerja lebih keras lagi dalam aksi seterusnya.

“Pujian harus diberikan kepada semua pemain yang beraksi cemerlang bermula pada awal permainan lagi dengan berjaya mengutip tiga mata berharga biarpun Perak FC cuba bangkit memburu gol.

“Pemain baharu, Habib Haroon yang bergandingan dengan Dechi Marcel dan Makan Konate memberi impak yang sangat positif di jentera tengah walaupun penampilan pertamanya bersama pasukan sejak menyertai TFC pada jendela kedua perpindahan pemain Mei lalu.

“Saya berpuas hati dengan prestasinya, kehadirannya juga memberikan keseimbangan kepada pasukan sama ada ketika pasukan bertahan dan juga menyerang, saya harap prestasi itu mampu dikekalkan terutama bertemu Melaka United pada Rabu ini,” ujarnya pada sidang media selepas perlawanan.

Sementara itu pengendali Perak FC,  Chong Yee Fatt menyifatkan anak didiknya tidak beraksi sebagaimana yang diharapkan pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak Kuala Terengganu.

“Kecewa dengan kekalahan besar ini, kami gagal beraksi baik terutamanya dibahagian tengah, ada diantara pemain tidak menunjukkan prestasi yang diharapkan begitu juga keserasian dikalangan pemain yang belum sempurna.

“Pastinya saya mengharapkan pemain bangkit untuk perlawanan seterusnya menentang Kuala Lumpur City FC,” tegasnya.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: