Bola Sepak

Gergasi Merah Kuning terus diuji

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI

KETUA jurulatih Selangor FC, Karsten Neitzel memaklumkan ketiadaan ketua pasukannya, Brendan Gan pada aksi Derbi Lembah Klang menentang Kuala Lumpur City FC malam tadi adalah disebabkan kecederaan yang dialaminya.

Tonggak utama Harimau Malaya itu tidak berada dalam senarai barisan pemain simpanan malah tindakan rakan sepasukan yang bergambar dengan jersi miliknya sebelum perlawanan menimbulkan pelbagai persoalan dikalangan peminat bola sepak tempatan khususnya penyokong Gergasi Merah Kuning.

Jelas Neitzel, pasukan akan memaklumkan situasi terkini mengenai kecederaan dialami Brendan Gan itu dalam masa terdekat.

“Kami merindui Halim Saari , Shahrel Fikri , Safuwan Baharudin, Tim Heubach dan Brendan Gan. Mereka semua adalah pemain utama.

“Buat masa ini kami belum pasti sepenuhnya kecederaan dialaminya (Brendan Gan),” ujarnya pada sidang media selepas perlawanan.

Pada perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan seri 1-1 hasil jaringan gol pada separuh masa pertama.

Tuan rumah terlebih dahulu berada dihadapan pada minit ke-40 hasil jaringan ketua pasukan, Paulo Josue sebelum Oliver Buff menyamakan kedudukan selang tiga minit kemudian.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: