
MAHARAJA Naruhito merasmikan pembukaan temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam upacara pembukaan bertemakan ‘Moving Forward’ yang berlangsung di Stadium Nasional Tokyo dalam suasana penuh warna warni.
Tema ‘Moving Forward’ dipilih sebagai lambang kejayaan para atlet melawan kesukaran yang dihadapi akibat dari pandemik Covid-19 yang menjejaskan sesi latihan dan terpaksa berhadapan dengan normal baharu dalam pertandingan.
Meskipun berlangsung tanpa penonton dan hanya dihadiri dif dif kehormat setiap negara, upacara pembukaan rasmi ini tetap meriah dengan perarakan masuk atlet setiap negara yang bertanding dan juga beberapa persembahan.
Our superheroes are finally here @Olympics #Tokyo2020 #OpeningCeremony! 👋 🤩 Look at those vibrant colours of their attire inspired by the famous Hang Tuah accompanying our national flag, Jalur Gemilang 🇲🇾#KitaJagaKita #unifiedMalaysians #DemiMalaysia pic.twitter.com/1xDKqIZ3an
— unifi (@unifi) July 23, 2021
Sebanyak 206 negara mengambil bahagian dalam 33 disiplin sukan dengan 339 acara yang merangkumi 11,326 orang atlet bakal berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos selepas tertangguh setahun ekoran penularan pandemik Covid-19.
Kontinjen Malaysia berarak dengan bergaya memasuki Stadium Nasional Tokyo berbusana merah, kuning dan putih dengan dua jaguh badminton negara, Goh Yiu Ling dan Lee Zi Jia diberi penghormatan sebagai pembawa bendera mengetuai 30 atlet yang membawa cabaran Malaysia pada temasya kali ini.

Sebanyak 339 pingat emas menjadi rebutan atlet terbaik dari seluruh dunia dan diharap temasya olimpik kali ini berjaya memberi kegembiraan kepada peminat sukan yang terpaksa menunggu setahun untuk menyaksikan kejohanan sukan terbesar dunia ini.





Add Comment