Bola Sepak

Ijezie taruhan baharu Kuching City FC

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Irfan memberikan penerangan kepada barisan pemainnya pada sesi latihan.

PENYERANG baharu Kuching City FC, Michael Ijezie Chukwubunna menjadi sandaran untuk mencipta impak besar kepada pasukan dalam misi meraih tiga mata berdepan Terengganu FC II dalam aksi Liga Premier, esok.

Beraksi di laman sendiri petang esok, tuan rumah yang sebelum ini dibelenggu masalah ketumpulan dibahagian serangan bakal dinoktahkan pada aksi menentang pelawat petang esok.

Ketua jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti berkata, kelemahan utama pasukan yang sering menjadi punca di atas padang adalah daripada aspek penyudah yang tumpul untuk menjaringkan gol.

Justeru, bekas pengendali Terengganu FC ini menyifatkan kehadiran penyerang kelahiran Nigeria ini diharap dapat menutup kembali kelemahan itu bagi membantu pasukan memenangi perlawanan esok.

“Saya harap keputusan positif dapat diraih sebab kita dah lama tunggu liga bersambung kembali, jadi macam-macam mana pun kita kena cuba untuk mengutip seberapa banyak mata untuk kekal di Liga Premier.

“Kami tidak ambil mudah menentang Terengganu FC II, dan saya sedar masalah besar kami selama ini adalah susah untuk menjaringkan gol.

“Tetapi, dengan penyerang baharu yang kita ada ini menggantikan yang lama iaitu Bryan Jones, saya dapat lihat dia semakin serasi dengan pasukan ini.

“Jadi, apabila makin serasi, rasanya tiada masalah untuk kita harapkan dia dan rakan-rakan lain agar dapat menampilkan aksi terbaik pada Sabtu ini untuk meraih kemenangan,” katanya.

Ketika ini Kuching City FC berada dalam kedudukan belum selamat apabila berada di tangga kelapan dan tidak boleh lagi tercicir mata untuk mengelak daripada terperosok di zon penyingkiran.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: