Olimpik 2020

Atlet Uganda serah diri, Ssekitoleko dan jurulatih dihantar pulang

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ssekitoleko dan jurulatih pulang ke negara asalnya Uganda pada Selasa.

ATLET angkat berat Uganda Julius Ssekitoleko yang ‘hilang’ minggu lalu dilaporkan telah menyerah diri di Balai Polis Wilayah Mie.

Atlet berusia 20 tahun itu dilaporkan hilang selepas tidak hadir ketika ujian Covid-19, malah pihak berkuasa menemui nota di biliknya memberitahu mahu tinggal dan bekerja di Jepun.

Namun pada Selasa dia muncul menyerah diri di Balai Polis Wilayah Mie, tiga jam pemanduan dari hotelnya di Izumisano, manakala 11 jam perjalanan menaiki keretapi.

Menurut kenyataan pihak berkuasa, dia membeli tiket keretapi di Shinkansen menuju ke Nagoya di pusat bandar Jepun.

Menurut nota yang ditinggalkan sebelum ini: “Saya tidak akan kembali ke negara yang susah untuk hidup, tetapi akan bekerja di Jepun. Saya mahu melakukannya.”

 

Presiden Angkat Berat Uganda, Salim Musoke memberitahu pada Jumaat lalu bahawa kerajaan Jepun perlu mencarinya.

“Apabila saya mendapat mesej itu, saya terfikir jika mereka dikawal baik. Apa yang berlaku dengan keselamatan yang dikatakan sebelum ini?

“Atlet hilang sesuatu yang tidak baik untuk negara. Saya berharap mereka dapat temui dan kami akan gantungnya daripada sukan.”

Berikutan kehilangannya itu, Jawatankuasa Olimpik Uganda dalam kenyataan berkata: “Dia dijangka layak untuk Sukan ini.

“Bagaimana pun dia tidak mengikut arahan Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa pada 5 Julai 2021.

“Dia dan jurulatihnya kembali ke Uganda pada 20 Julai 2021. Kami perlu menghormati peraturan imigresen Jepun dan tidak meninggalkan kem tanpa kebenaran.”


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: