Lain-Lain

Morikawa dedah rahsia muncul juara di Royal St George

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

JUARA Terbuka British Collin Morikawa mendedah rahsia kemenangan pada aksi pertama di Royal St George awal pagi Isnin.

Bintang golf berusia 24 tahun, Morikawa meraih kejuaraan utama keduanya selepas bebas daripada melakukan sebarang bogey di pusingan terakhir untuk menamatkan saingan 15 di bawah par.

“Rahsia? Saya tidak pernah buat ini, tetapi saya makan burger empat hari berturut-turut, jadi saya tahu perasaan badan saya.

“Saya juga juga tidak mengambil sebarang minuman beralkohol ketika tempoh pertandingan.

“Saya rasa ini adalah saat yang indah sepanjang hidup saya. Dapat melihat penonton yang luar biasa.

“Mereka adalah penonton yang paling terbaik yang pernah saya lihat. Mereka sangat memahami permainan. Mereka menghargai permainan. Kami berhutang terima kasih kepada mereka,” ujar pemain nombor empat dunia itu yang tenang beraksi di depan 30,000 penonton.

Morikawa tidak menunjukkan bahawa dia seorang pemain yang kurang berpengalaman ketika dia tenang beraksi dalam cuaca 30 darjah selsius di Sandwich.

“Saya sentiasa percaya kepada diri sendiri sejak menjadi pemain profesional, bahawa saya boleh melakukannya.

“Pada usia 24 tahun ini agak sukar untuk melihat kembali ke belakang apabila saya menjadi pemain pro dan melihat apa yang telah saya buat kerana saya mahu lebih lagi,” katanya yang menjadi pemain pertama memenangi dua kejuaraan utama dalam lapan aksi pertama sejak 1934.

Pada pertandingan tersebut, Morikawa berjaya membenam birdie berturut-turut pada tiga lubang pertama melalui putt.

Juara Championship PGA 2020 itu hanya bergantung kepada putt untuk kekal cemerlang pada sembilan lubang terakhir cukup hanya menyamai par di lubang ke-10, 11 dan 15.

Bagaimanapun, dia dibantu satu birdie pada lubang ke-14 hasil putt jarak jauh untuk mencatatkan 15 di bawah par.

Morikawa menjadi pemain pertama muncul juara pada penampilan sulung sejak ia dilakukan Ben Curtis juga di Royal St George 18 tahun lalu.

Malah Morikawa menjadi pemain kedua selepas Tiger Woods memenangi Terbuka dan US PGA sebelum usia 25 tahun.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: