Permotoran

F1 Britain: Verstappen lakar sejarah aksi sulung ‘Sprint Race’

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Verstappen menewaskan Hamilton pada aksi Sprint Race, Sabtu.  Foto: F1

PELUMBA Red Bull Racing, Max Verstappen mencipta sejarah baharu Formula Satu apabila menjuarai perlumbaan ‘Sprint Race’ pertama dalam Grand Prix Britain yang berlangsung di Litar Silverstone, England.

Menerusi perlumbaan 30 minit sejauh 100km itu, Verstappen berjaya mengatasi Lewis Hamilton yang bermula di petak pertama dengan kelebihan 1.3 saat sekaligus menempah petak pertama untuk perlumbaan utama Grand Prix Britain yang akan berlangsung pada Ahad.

Verstappen juga turut berjaya mengumpul tiga mata tambahan dalam perlumbaan format baharu yang masih di peringkat ujian ini. Melengkapkan podium pada Sabtu adalah pelumba Mercedes, Valtteri Bottas.

Perlumbaan Sprint ini juga dijadikan sebagai penentu grid perlumbaan esok dengan perlumbaan utama masih mengekalkan format lama dengan hentian pit wajib dan pelumba juga perlu menggunakan kedua-dua jenis tayar.

Hasil keputusan perlumbaan Sprint, berikut adalah grid perlumbaan bagi F1 Grand Prix Britain pada Ahad.

1. Max Verstappen – Red Bull
2. Lewis Hamilton – Mercedes
3. Valtteri Bottas – Mercedes
4. Charles Leclerc – Ferrari
5. Lando Norris – McLaren
6. Daniel Ricciardo – McLaren
7. Fernando Alonso – Alpine
8. Sebastian Vettel – Aston Martin
9. George Russell – Williams
10. Esteban Ocon – Alpine
11. Carlos Sainz – Ferrari
12. Pierre Gasly – Alpha Tauri
13. Kimi Raikkonen – Alfa Romeo
14. Lance Stroll – Aston Martin
15. Antonio Giovinazzi – Alfa Romeo
16. Yuki Tsunoda – Alpha Tauri
17. Nicolas Latifi – Williams
18. Mick Schumacher – Haas
19. Nikita Mazepin – Haas
20. Sergio Perez – Red Bull


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: