Permotoran

F1 Britain: “Ini adalah impian menang di hadapan mereka semua”

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Hamilton juara di laman sendiri.

Oleh: JJFIRDAUS

PEMANDU tuan rumah, Lewis Hamilton menggembirakan 140,000 penonton di Litar Silverstone apabila menjuarai perlumbaan Grand Prix Britain yang penuh dramatik.

Memulakan perlumbaan di petak kedua, Hamilton memulakan perlumbaan dengan baik sebelum terlibat dalam kemalangan dengan pendahulu kejuaraan Max Verstappen yang menyaksikan Verstappen terkeluar dari perlumbaan.

Verstappen tidak mengalami kecederaan tetapi beliau dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut akibat dari hentakan yang kuat hasil dari kemalangan yang mengerikan itu.

 

Kemalangan itu menyebabkan bendera merah dikibarkan dan perlumbaan dihentikan kira-kira 30 minit sebelum disambung semula dengan pemandu Ferrari, Charles Leclerc mendahului dari awal.

Hamilton dikenakan penalti masa 10 saat oleh steward tetapi pemanduan bertenaga beliau berjaya menghadiahkan kemenangan ke-98 dalam kariernya sejak 2007 dan kemenangan kelapan di Grand Prix Britain.

Pelumba Mercedes itu memintas Leclerc 2 pusingan sebelum tamat dan berjaya merapatkan jurang kedudukan mata kepada hanya lapan mata daripada Verstappen menjelang Grand Prix Hungary.

Berlaku kemalangan di antara Hamilton dan Verstappen.

Turut mengiringi beliau di podium adalah seorang lagi pelumba Mercedes, Valtteri Bottas manakala masa sepusingan terpantas dicatatkan oleh pemandu Red Bull, Sergio Perez.

Ini adalah perlumbaan yang pastinya mahu dilupakan oleh Red Bull Racing apabila gagal mencatat sebarang mata dan melihat kedudukan mereka sebagai pendahulu dalam kategori pengeluar semakin dihampiri Mercedes.

Bercakap kepada media selepas perlumbaan, Hamilton berkata kemenangan beliau dibantu penonton tuan rumah.

“Kita mempunyai penonton ramai di sini. Ianya adalah impian untuk menjuarai perlumbaan di hadapan mereka semua”.

Hamilton teruja meraikan kemenangan di hadapan penyokong sendiri.

Formula Satu akan bersambung untuk Grand Prix Hungary pada 30 Julai nanti di Litar Hungaroring dengan Max Verstappen pastinya akan kembali untuk memberikan persaingan sengit kepada Hamilton.

Keputusan Grand Prix F1 Britain:

1. Lewis Hamilton – Mercedes
2. Charles Leclerc – Ferrari
3. Valtteri Bottas – Mercedes
4. Lando Norris – McLaren
5. Daniel Ricciardo – McLaren
6. Carlos Sainz – Ferrari
7. Fernando Alonso – Alpine
8. Lance Stroll – Aston Martin
9. Esteban Ocon – Alpine
10. Yuki Tsunoda – Alpha Tauri
11. Pierre Gasly – Alpha Tauri
12. George Russell – Williams
13. Antonio Giovinazzi – Alfa Romeo
14. Nicolas Latifi – Williams
15. Kimi Raikkonen – Alfa Romeo
16. Sergio Perez – Red Bull
17. Nikita Mazepin – Haas
18. Mick Schumacher – Haas
19. Sebastian Vettel – Aston Martin
20. Max Verstappen – Red Bull

Kedudukan Pemandu selepas F1 Britain (10 teratas)

1. Max Verstappen – 185 mata
2. Lewis Hamilton – 177 mata
3. Lando Norris – 113 mata
4. Valtteri Bottas – 108 mata
5. Sergio Perez – 104 mata
6. Charles Leclerc – 80 mata
7. Carlos Sainz – 68 mata
8. Daniel Ricciardo – 50 mata
9. Pierre Gasly – 39 mata
10. Sebastian Vettel – 30 mata

Kedudukan Pengeluar selepas F1Britain

1. Red Bull Racing – 289 mata
2. Mercedes – 285 mata
3. McLaren – 163 mata
4. Ferrari – 148 mata
5. Alpha Tauri – 49 mata
6. Aston Martin – 48 mata
7. Alpine – 40 mata
8. Alfa Romeo – 2 mata
9. Williams – 0 mata
10. Haas – 0 mata


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: