Permotoran

F1 Britain: Hamilton di petak pertama ‘Sprint Race’ Litar Silverstone

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Foto: F1

Oleh: JJFIRDAUS

PEMANDU tuan rumah Lewis Hamilton berjaya merebut petak utama untuk perlumbaan ‘Sprint Race’ pertama Formula Satu apabila mencatatkan masa terpantas dalam Grand Prix F1 Britain di Litar Silverstone yang berlangsung awal pagi Sabtu.

Hamilton melakukan masa sepusingan terpantas 1 minit 26.134 saat mengatasi Max Verstappen 0.075 saat dalam sesi kelayakan yang buat julung kali diadakan pada sebelah petang Jumaat berbanding Sabtu sebelum ini.

Format baharu Formula Satu ini menyaksikan sesi kelayakan kini diubah ke petang Jumaat untuk menentukan grid bagi perlumbaan Sprint 100km atau 30 minit yang bakal berlangsung pada Sabtu.

Lima pemandu gagal layak ke sesi kelayakan kedua dengan Yuki Tsunoda, Kimi Raikkonen, Nicolas Latifi dan dua pelumba Haas, Mick Schumacher dan Nikita Mazepin tersingkir apabila mencatatkan masa paling perlahan.

 

Sesi kelayakan kedua pula menyaksikan lima lagi pelumba tersingkir dengan Fernando Alonso, Pierre Gasly, Esteban Ocon, Antonio Giovinazzi dan Lance Stroll bakal memulakan perlumbaan Sprint di petak ke-11 hingga ke-15.

‘Top 10 Shootout’ bersaing sengit sebelum Hamilton berjaya mencatatkan masa terpantas sekaligus bakal bermula di petak hadapan pada perlumbaan Sprint esok yang menawarkan 3 mata kepada pemenang bagi kategori pemandu dan pengeluar.

Siapakah yang bakal bergelar juara pertama ‘Sprint Race’ ini. Sama-sama kita nantikan esok.

Keputusan Sesi Kelayakan Grand Prix F! Britain:

1. Lewis Hamilton – Mercedes
2. Max Verstappen – Red Bull
3. Valtteri Bottas – Mercedes
4. Charles Leclerc – Ferrari
5. Sergio Perez – Red Bull
6. Lando Norris – McLaren
7. Daniel Ricciardo – McLaren
8. George Russell – Williams
9. Carlos Sainz – Ferrari
10. Sebastian Vettel – Aston Martin
11. Fernando Alonso – Alpine
12. Pierre Gasly – Alpha Tauri
13. Esteban Ocon – Alpine
14. Antonio Giovinazzi – Alfa Romeo
15. Lance Stroll – Aston Martin
16. Yuki Tsunoda – Alpha Tauri
17. Kimi Raikkonen – Alfa Romeo
18. Nicolas Latifi – Williams
19. Mick Schumacher – Haas
20. Nikita Mazepin – Haas


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: