Permotoran

Aksi format baharu ‘Formula 1 Sprint Race’ di Litar Silverstone

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Format baharu bakal digunakan pada perlumbaan hujung minggu ini. Foto: Formula 1

Oleh: JJFIRDAUS

SETELAH sekian lama Formula Satu (F1)  tidak melakukan perubahan, akhirnya format baharu perlumbaan akan bermula hujung minggu ini di Grand Prix F1 Britain yang bakal berlangsung di Litar Silverstone.

Digelar ‘Formula 1 Sprint Race’, perlumbaan selama 30 minit atau 100km pada Sabtu itu bakal dijalankan tanpa penukaran tayar dan tanpa hentian pit wajib yang bakal menyaksikan hanya pelumba dan jentera bersaing merebut kemenangan.

Menerusi format baharu ini, pusingan kelayakan yang secara tradisi dijalankan pada Sabtu kini diawalkan ke petang Jumaat untuk menentukan grid perlumbaan Sprint pada Sabtu.

Menerusi grid yang ditetapkan, kesemua 20 pelumba akan berentap dalam perlumbaan 30 minit dengan kedudukan perlumbaan Sprint pula bakal menentukan kedudukan grid perlumbaan utama pada Ahad.

 

Selain menambahkan lagi keterujaan para penonton, perlumbaan Sprint ini juga memberikan mata kepada pemandu dan akan ditambah kepada mata kejuaraan mereka.

Tempat pertama bakal meraih 3 mata, tempat kedua bakal mendapat dua mata dan satu mata untuk tempat ketiga.

Perlumbaan Sprint ini masih dalam peringkat percubaan untuk 2021 dengan hanya tiga perlumbaan yang bakal menampilkannya iaitu di Grand Prix Britain, Itali dan Brazil tetapi ianya bakal menjadi kerangka untuk masa hadapan Formula Satu.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: