Permotoran

Jazeman raih podium di Monza

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Jazeman berjaya meraih podium di tempat ketiga.

PELUMBA negara, Jazeman Jaafar berjaya menaiki podium selepas berjaya menamatkan perlumbaan di tangga ketiga dalam Kejohanan 4 Hours Monza – European LeMans Series (ELMS) di Litar Monza, Itali.

Jazeman yang bergandingan dengan pemandu Indonesia, Sean Gelael berjaya melakukan pemanduan hebat walaupun hanya memulakan perlumbaan di petak ke-11 dari 18 kereta.

Mewakili pasukan Jota, kedua-dua pemandu serumpun ini menamatkan perlumbaan 4 jam itu dengan melengkapkan 125 pusingan ketinggalan hanya 34.420 saat dibelakang pemenang dari pasukan Panis Racing.

Lebih manis, Jazeman dan Sean berjaya menewaskan bekas pelumba Formula 1, Robert Kubica yang menamatkan perlumbaan di tangga keempat dengan pasukan Team WRT.

Ini adalah penampilan pertama Jota Racing bersama-sama Jazeman dan Sean tetapi mereka sudah berjaya menawan podium dan pastinya mereka sudah tidak sabar untuk pusingan seterusnya yang bakal berlangsung di Litar Spa-Franchorchamps di Belgium pada September nanti


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: