Lain-Lain

Olimpik: Pemain tenis No.1 Britain tarik diri selepas positif Covid-19

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Evans disahkan positif Covid-19 selepas aksi Wimbledon minggu lalu

BINTANG tenis Britain Dan Evans menjadi atlet terbaharu menarik diri daripada aksi Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas disahkan positif Covid-19.

Pemain tenis berusia 32 tahun diuji positif selepas beraksi pada Kejuaraan Wimbledon minggu lalu.

Selain Evans, beberapa pemain tenis lain lagi terpaksa menarik diri termasuk Roger Federer, Rafael Nadal dan Johanna Konta.

“Saya sangat kecewa dan kini terpaksa kuarantin mengikut arahan yang ditetapkan,” jelas Evans.

Ketiadaan pemain No.1 Britain itu turut memberi impak kepada pasangan beregunya Neal Skupki yang merupakan juara beregu campuran Wimbledon baru-baru ini.

Djokovic belum memutuskan untuk beraksi di Olimpik di Tokyo.

Jamie Murray dijangka akan menggantikan posisi Evans.

Manakala Konta yang merupakan pemain perseorangan wanita No.1 Britain mengakui dia tidak sempat menjalani persediaan selepas dijangkiti Covid-19.

Pemain berusia 30 tahun itu juga terlepas aksi Wimbledon selepas diuji positif Covid-19.

Manakala juara Wimbledon 2021, Novak Djokovic belum memutuskan untuk beraksi berikutan ketiadaan penyokong dan protokol ketat Covid-19 di Tokyo.

Federer pula terpaksa menarik diri berikutan kecederaan dan perlu menjalani rawatan susulan selepas menjalani dua pembedahan sejak 18 bulan lalu.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: