
BIARPUN kecewa dengan kekalahan kepada Itali pada aksi final Euro 2020, Jack Grealish masih meluangkan masa untuk penyokong kanak-kanak yang hadir ke Stadium Wembley.
Pemain tengah Aston Villa itu sempat berhenti apabila melihat seorang penyokong kanak-kanak Olivers memanggilnya.

Malah Grealish juga turut memberi butnya kepada kanak-kanak tersebut.
“Super Jack sangat ‘class act’ di padang dan di luar padang. Meluangkan masa dan bergambar bersama Oliver malah turut menawarkan butnya,” tulis bapa kanak-kanak itu, Dan di laman Instagramnya.
Grealish sebelum ini dikritik oleh Roy Keane kerana tidak mengambil penalti ketika aksi final tersebut.

Namun Grealish membalas kritikan tersebut di laman Twitternya berkata: “Saya sudah beritahu mahu ambil salah satu sepakan penalti itu. Pengurus telah membuat keputusan betul sepanjang kejohanan ini dan dia telah melakukannya malam ini. Tetapi saya nak orang anggap bahawa saya tidak mahu ambil penalti apabila saya cakap saya boleh…”.
Add Comment