
JAGUH tenis No.1 Dunia Novak Djokovic merangkul trofi Kejuaraan Wimbledon buat kali keenam selepas menewaskan pemain Itali, Matteo Berrettini.
Malah ia juga kemenangan ketiga berturut-turut selepas 2018 dan 2019.
Another classic champion’s interview from @DjokerNole 🎤
(Well, he has had a lot of practice…)#Wimbledon pic.twitter.com/cvYU0NCGd9
— Wimbledon (@Wimbledon) July 11, 2021
Djokovic,34, menewaskan Berrettini 6-7, 6-4, 6-4, 6-3 dalam tempoh 3 jam 24 minit di Centre Court yang dipenuhi dengan penonton memberi sokongan kepada kedua-dua pemain.
Kemenangan ini juga menyaksikan Djokovic menyamakan rekod Grand Slam yang ke-20 sebaris dengan Roger Federer dan Rafael Nadal.

Ternyata pengalaman Djokovic memainkan peranan penting dalam menghadapi pencabar muda yang mempunyai pukulan lebih padu daripada Berrettini.
Pemain muda Itali berusia 25 tahun mempunyai kelajuan pukulan 12mph ketika melakukan servis, namun dia perlu lebih konsisten untuk menguruskan pemain legenda seperti Djokovic.

Bagaimana pun, Berrettini tidak memberi mata mudah kepada Djkovic sepanjang perlawanan berlangsung.





Add Comment