Lain-Lain

Ash Barty rangkul trofi juara Wimbledon buat pertama kali


Barty menjuarai Wimbledon buat kali pertama dalam kariernya.

PEMAIN tenis No.1 dunia, Ashleigh Barty merangkul gelaran juara perseorangan wanita Wimbledon buat kali pertama.

Barty menewaskan pemain di ranking ke-13 dunia, Karolina Pliskova dengan tiga set perlawanan sekaligus menyaksikan permainan paling panjang direkodkan selepas tahun 2012.

Pemain berusia 25 tahun ini mengikat keputusan dengan 6-3 6-7 6-3 dalam tempoh 1 jam 56 minit.

Barty (kanan) menewaskan pencabar dari Republik Czech, Pliskova dalam tiga set permainan.

Ketinggian Pliskova tidak menjadi halangan buat Barty bermain dengan baik dan penuh bertenaga.

Putera William dan Kate Middleton turut menyaksikan perlawanan akhir perseorangan wanita Wimbledon.

Barty bergelar pemain Australia pertama merangkul trofi juara Wimbledon selepas 19 tahun.

Turut hadir menyaksikan perlawanan akhir itu termasuk Putera William dan isterinya Kate Middleton.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading