Lain-Lain

Anda Wirawan dan Wirawati negara.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Reezal (tengah) bersama Norza (kiri) dan M Noor Azman pada sesi perjumpaan secara dalam talian bersama 30 orang atlet negara yang akan menyertai temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan 30 atlet negara membawa cabaran Malaysia di temasya Sukan Olimpik  23 Julai hingga 8 Ogos adalah “Wirawan dan Wirawati negara”.

Tegasnya, dia dan rakyat Malaysia percaya atlet yang bakal beraksi pada Tokyo itu akan berjuang sebaik mungkin bagi meraih kecemerlangan dan kejuaraan dalam acara yang disertai.

“Kesemua 30 orang yang berada dihadapan saya pada ketika ini merupakan “Wirawan dan Wirawati negara” yang sanggup dan bersedia, memikul harapan lebih 32 juta rakyat Malaysia!.

“Kesediaan itu sendiri adalah sesuatu yang luar biasa!,” jelasnya berucap pada sesi perjumpaan secara dalam talian bersama 30 orang atlet negara yang akan menyertai temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Turut hadir Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria; Ketua Setiausaha KBS, Datuk M Noor Azman Taib ; Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Dato’ Ahmad Shapawi Ismail; ,Chef de Mission, Datuk Wira Lee Chong Wei dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Ahmad Faedzal Md Ramli.

Sesi ini antara lain menjadi medan interaksi dengan para atlet Untuk mendengar sendiri harapan serta persediaan mereka dalam tempoh berbaki 13hari Lagi menuju Olimpik.

Reezal berkata, barisan atlet melahirkan rasa keterujaan disamping debaran untuk beraksi membawa Jalur Gemilang ditemasya terbesar dunia ini.

“Saya bangga dengan prestasi dan kesungguhan mereka menempuh laluan berliku untuk sampai ke pentas Olimpik.

“Olimpik pada kali ini amat berbeza daripada kejohanan edisi terdahulu. Olimpik Tokyo 2020 memberi ujian, dugaan dan tahap kesabaran dalam Kalangan atlet serta jurulatih yang terlibat dengan persiapan Road to Tokyo.

“Berhadapan dengan cabaran virus Covid-19 yang melanda seluruh dunia, sudah pasti ia telah merencatkan persediaan rapi atlet dan jurulatih yang akan beraksi di Tokyo nanti , bukan sahaja Malaysia tetapi kontinjen dari seluruh dunia,” ujarnya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: