Paralimpik Tokyo 2020

Paralimpik Tokyo: Ziyad lebih ‘power’ selepas berkurung lama di MSN


 

Ziyad mengakui prestasinya lebih baik selepas menjalani latihan intensif di MSN.

Oleh: SURYATI MOHD NOR

JAGUH lontar peluru para negara Miuhammad Ziyad Zolkefli mengakui persiapan menjelang Sukan Paralimpik 2020 Tokyo ‘luar biasa’ berbanding sebelum ini.

Atlet kelahiran Selangor berusia 31 tahun ini menjelaskan tempoh empat bulan ‘berkurung’ di Majlis Sukan Negara (MSN) telah mengubah prestasinya menjadi lebih baik.

“Sebelum ini, persiapan ke Rio 2016 adalah 100 peratus, tetapi kali ini saya rasa 110 peratus, bermakna lebih ‘power’ untuk ke Tokyo tahun ini.

“Saya bukan terlalu yakin, tetapi ada keyakinan untuk pergi ke Tokyo dengan persediaan sangat baik hasil daripada fokus dan disiplin sepanjang menjalani latihan,” jelasnya ketika sdiang media Sukan Paralimpik 2020 Tokyo.

Ziyad meraih emas pasa Sukan Paralimpik Rio 2016.

Pemegang pingat emas Sukan Paralimpik 2016 Rio ini mengakui kegagalan mempertahankan pingat emas pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2019 menjadi titik perubahan terpenting dirinya.

“Kekalahan itu menjadi pembakar semangat. Kalau saya tidak kalah pada Kejohanan Dunia itu, saya mungkin tidak berada di tahap sekarang. Mungkin kalau menang emas ketika itu, saya akan lalai.

“Tuhan tunjukkan kepada saya kadang-kadang kita berada di atas, dan ada masanya berada di bawah. Kalau mahu sentiasa berada di atas, kita kena berusaha,” tambah Ziyad.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading