Antarabangsa Lain-Lain Semasa

Piala Dunia Powerlifting: Bonnie Bunyau, Bibiana rangkul pingat emas

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

ATLET kebangsaan Bonnie Bunyau Gustin membuktikan prestasinya di tahap yang terbaik untuk ke kejohanan Paralimpik Tokyo, selepas meraih pingat emas di Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para Dunia di Bangkok, Thailand.
Atlet kelahiran Kuching berumur 20 tahun itu berjaya melakukan angkatan seberat 226 kilogram (kg) untuk meraih pingat emas dalam kategori lelaki atas 72kg, pencapaian yang jelas bertambah baik berbanding angkatan 207kg yang dilakukannya untuk memenangi dua pingat emas di Kejohanan Powerlifting Para Dunia 2019 di Nur-Sultan, Kazakhstan.
Juara Paralimpik London 2012, Nader Moradi dari Iran merangkul pingat perak dengan angkatan 204kg manakala Alexandr Daskov dari Kazakhstan di tempat ketiga (140kg) dalam kejohanan yang disiarkan secafra penstriman langsung di laman Facebook rasmi Powerlifting Para Dunia.-Bernama

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: