EURO 2020

‘Tekanan final ada pada England’


Image

TONGGAK tengah  Itali, Marco Verratti menilai tekanan lebih besar terarah kepada pasukan England yang belum pernah juara.

England mara ke final Euro 2020 dengan mengalahkan Denmark di separuh akhir, 2-1 dalam aksi kontroversi. Kejayaan itu juga membolehkan Three Lions mengukir sejarah pertama kali ke final kejohanan utama Eropah.

Sebelumnya, pencapaian terbaik England di Piala Eropah adalah separuh akhir pada 1968 dan 1996. Pada 1968, England memenangi perlawanan playoff perebutan tempat ketiga.

“Mereka akan miliki kelebihan tempat sendiri dan juara di sana akan menjadi impian buat mereka. Bermain di stadium besar akan memotivasi kami dan memberi kami kekuatan dengan atmosfera ini,” ujar Verratti dalam sidang media seperti dilapor Football Italia.

“Final akan dipersiapkan… kerana siapa pun yang bermain sama ada dari awal atau cuma satu minit akan memberikan peranannya untuk pasukan ini. Ini adalah detik yang mungkin tidak akan pernah berulang, meskipun kami berharap dapat berulang lagi.

“Ada tekanan, khususnya untuk England yang belum pernah juara Euro, jadi pasukan yang paling menikmati dan lebih berprestasi tinggi mendapat kelebihan,” kata Verratti.

Itali sendiri pun sudah lama tidak mendakap kejuaraan Piala Eropah. Kali terakhir mereka bergelar johan dalam kejohanan ini adalah pada 1968. Dua lagi final, berakhir dengan muncul naib juara pada 2000 dan 2012.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: