BEKAS penyerang England, Gary Lineker turut memberi komennya susulan heboh isu penalti Raheem Sterling di separuh akhir Euro 2020. Menurutnya, dua penalti yang seharusnya diberikan.
Lineker, yang membawa England ke separuh akhir Piala Dunia 1990, menilai keputusan pengadil Danny Makkelie sudah tepat.
Bahkan, secara berseloroh katanya, Sterling sepatutnya diberi ganjaran dua penalti kerana dilanggar dua orang pemain Denmark sekaligus.
“Tidak faham saya apa yang dikecohkan. Mungkin hanya dua penalti,” ciap Lineker di Twitter.
Three Lions mara ke perlawanan akhir buat julung kali dan akan menghadapi Itali bagi penentuan juara di Stadium Wembley, awal pagi Isnin ini.
Add Comment