EURO 2020

Jordan Pickford pecah rekod lama 55 tahun

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Jordan Pickford is an England record holder

JORDAN Pickford berjaya memecahkan rekod Gordon Banks yang telah bertahan selama lebih dari 50 tahun sebelum penjaga gawang No 1 England itu ‘dikalahkan’ oleh pemain Denmark, Mikkel Damsgaard

Pickford sekaligus telah menulis semula buku sejarah England ketika aksinya pada separuh masa pertama separuh akhir Euro 2020.

Pemain The Three Lions tidak bolos dalam lima perlawanan pembukaan tetapi terpaksa mengeluarkan bola dari gawangnya setelah Mikkel Damsgaard melepaskan tendangan bebas di halaman sendiri.

Sebelum itu, Pickford berjaya memecahkan rekod 55 tahun yang dipegang oleh Gordon Banks.

Bekas penjaga gol England itu bermain 720 minit tanpa dibocori gawang.

Ketangkasan Pickford membantunya mengatasi rekod lama itu dan pemain berusia 27 tahun itu juga akan memenangi Golden Glove kejohanan berikut atas usahanya.

Persembahan penjaga gol Everton itu sedikit meragukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan penampilannya bersama Toffees yang kerap melakukan kesalahan.

Ia tidak menjadi masalah kepada Gareth Southgate yang terus percaya dengan pilihannya walaupun England membawa dua lagi penjaga gawang,  Nick Pope atau Dean Henderson sebagai pilihan pertama.

Pickford telah membalas penghargaan kepada kepercayaan itu setakat ini, membuat beberapa penyelamatan besar sepanjang kejohanan ini termasuk dibantu dengan pakej barisan pertahanan England yang kukuh.

Dia pasti kecewa kerana tidak  dapat menghentikan usaha Damsgaard, yang menerjah jaring.

England berjaya menyamakan kedudukan selepas Harry Kane dan Bukayo Saka bekerjasama sebelum memaksa Simon Kjaer memasukkan bola ke dalam jaringnya sendiri.

Denmark's Mikkel Damsgaard scored the game's opener - the first goal England have conceded at the Euros
Mikkel Damsgaard meledak gol pembukaan perlawanan di Wembley, kelmarin.

Southgate kini telah membimbing England mara ke separuh akhir ketiga selepas kempen Piala Dunia 2018 dan Liga Negara-Negara UEFA.

Dia yakin bahawa para pemain telah belajar dari kekalahan tersebut dan lebih bersedia.

“Kami hanya menjaga benda asas, pemain telah memperoleh pengalaman dalam pertandingan besar.

“Tidak ada senario yang belum kami lalui, kami sangat percaya pada mereka bahawa mereka sedia untuk saat ini,” katanya.

Southgate juga menolak sebarang tanggapan mengenai tekanan walaupun dilabel pasukan pilihan.

“Saya tidak pasti ada pasukan yang bermain tanpa tekanan.

“Kami harus berhadapan dengan segala harapan untuk berada di rumah (Wembley), kami sudah memiliki pertandingan besar, dan mereka telah mengatasinya dengan sangat baik, bagus untuk berada di Wembley,”  katanya.

England akan berdepan lawan liat, Itali dalam perlawanan akhir pada awal pagi Isnin ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: