
PENGANJUR Olimpik Tokyo 2020 telah bersetuju untuk mengadakan sukan tanpa penonton, setelah Jepun mengisytiharkan keadaan darurat Covid-19 untuk ibu kota yang akan berlangsung sepanjang acara tersebut.
Memetik laporan Dailymail, langkah itu dibuat berikutan perbincangan antara pemerintah, penganjur Tokyo dan wakil Olimpik dan Paralimpik.
Agak dikesalkan bahawa sukan akan diadakan dalam format terhad, Presiden Tokyo 2020, Seiko Hashimoto memberitahu dalam sesi taklimat, sambil meminta maaf kepada mereka yang telah membeli tiket.


Pandemik menyebabkan Olimpik 2020 ditangguhkan ke tahun ini dengan peraturan antijangkitan yang ketat dan peminat luar negara dilarang datang.
Bulan lalu, penganjur menetapkan had seramai 10,000 peminat atau separuh daripada kapasiti setiap venue, tetapi baru-baru ini memberi amaran bahawa pertandingan dilakukan secara tertutup sepenuhnya kerana keadaan semakin buruk.





Add Comment