Bola Sepak

Misi terakhir JDT dalan kempen ACL 2021

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Mora menuntut anak didiknya memberikan tumpuan memburu kemenangan kedua malam ini.

WALAUPUN sudah tersingkir dalam kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (ACL) 2021, Johor Darul Ta’zim (JDT) tetap mempunyai misi terakhir memburu kemenangan kedua dalam Kumpulan G apabila turun menentang Ratchaburi FC,  di Stadium Rajamangala, Bangkok, malam ini.

Keyakinan ini disuarakan Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora yang menyasarkan kemenangan bagi pasukannya meskipun telah tersingkir.

Jelas Mora, mereka perlu menang pada perlawanan malam ini kerana kemenangan ini sangat penting.

“Kami tidak akan mengubah cara permainan kami. Kami gemar untuk mempamerkan aksi bola sepak yang bagus,” ujarnya pada sidang media, semalam.

JDT dan Ratchaburi gagal untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya dan kedua-dua pasukan dilihat mahu mengutip tiga mata bagi menutup kempen mereka dalam saingan edisi musim ini dengan kemenangan.

Sebelum ini pada aksi pusingan pertama 25 Jun lalu, wakil dari Malaysia itu berjaya menewaskan lawan dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan Leandro Velazquez memberikan tiga mata kepada juara Liga Super itu.

Kedudukan semasa pasukan selepas berakhirnya lima perlawanan peringkat kumpulan.

Selepas berakhirnya lima perlawanan, JDT berjaya mengutip tiga mata hasil satu kemenangan dan empat kekalahan manakala Ratchburi pula hanya satu mata.

Nagoya Grampus dan Pohang Steelers menjadi dua pasukan dari kumpulan G yang mara ke pusingan seterusnya selepas menduduki tangga pertama dan kedua.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: